Lambang PDRM yang digunapakai sekarang mempunyai signifikan dan pengertian tersendiri. Bulan bintang melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Kalimah Allah melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan Agama  Islam. Mahkota mencerminkan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada Pasukan. Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau Kelewang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak. Harimau melambangkan keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh. Bunga padi melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara. Motto "POLIS DIRAJA MALAYSIA" menunjukkan ketinggian semangat serta keazaman anggota Pasukan.

 

 

 

Kembali ke Menu