Make your own free website on Tripod.com
 

MenuSejarahLambangGaleri

Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan

YDH Tan Sri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan.

1969 -Insp. Pelatih. Di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.

1970 -Insp. Siasatan Khas. Di IPD. Melaka Tengah.

1973 -Pegawai Pendakwa. Di IPD. Alor Gajah, Melaka.

1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD JSJ. Bukit Aman.

1981 -PPP Bah. 'A' Narkotik, Bukit Aman.

1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD. JSJ. Bukit Aman.

1986 -PPP Sekolah Undang-Undang. Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.

1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan. Maktab Polis Kuala Lubu Bahru.

1991 -Pegawai Latihan B1. Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

1992 -PP Latihan (Peperiksaan). Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang. JSJ. Bukit Aman.

2000 -Timbalan Pengarah II. JSJ. Bukit Aman.

2001 -Timbalan Pengarah I. JSJ. Bukit Aman.

2003 -Ketua Polis Johor.

2004 -Pengarah JSJ. Bukit Aman.

2005 -Timbalan Ketua Polis Negara

2006 -Ketua Polis Negara.

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.

Sumber : Laman web rasmi PDRM